nuffnang ads

Sunday 30 June 2013

Tudung?Susah sangat ke... (sebuah cerita sebuah pengalaman)

Aku tengok bilangan post aku tahun ni..Haa biar betul..Tapi memang betul pun aku jarang yang amat update entry.Aku pun tak tahu mana perginya masa aku.Huhu

28 Jun baru ni iaitu dua tiga hari yang lepas,tengok membe aku yang kahwin kat sini dulu update status "Alhamdulillah dah setahun" maksudnya dah setahun jugalah aku perlahan-lahan memakai tudung yang kainnya lebih tebal.Nak cakap labuh tu tak la.Singkat je cuma tak nampak bayang.(Tapi masih pakai shawl.Haha..ok2 usaha..)

Memula nak mula pakai pun susah.Yelah.Bukan mudah nak buat benda baik ni.Ada je alasan.Haha.Sebenarnya dah lama membe2 (lelaki khusunya) tegur.Huhu.(Apasal tegur aku p laa tegur orang lain.Kan..)Aku cakap lantak korang laa.Ikut suka aku la.Bukannya seksi sangat pun ramai je yang lagi seksi.(Memang betul pun statement aku ni ok).

 photo 12_zps241b098f.jpg
gambar 1st yang ada peace tu..Tulah kali pertama pakai

Bermulalah al kisah....
                       semoga ia mampu memberikan kepada orang lain kekuatan jua....

Ada sorang mamat ni asyik duk pertikai je aku tahu hukum p buat juga.Disebabkan memang bidang kepakaran dia bab agama ni aku celah dan bangkang ikut mana pun memang aku tak menang punya.Penat je aku duk gaduh dengan dia..Sakit hati pun ada.Sampailah aku balik dari Spain.

Satu hari..Dia tanya aku.Masa ni aku tengah study laa.Pulun balik kelas aku ponteng masa p Spain tu.

Dia: Kenapa susah sangat,bukannya susah pun cuma tukar kain tu jadi yang tak jarang je.

Aku: Rasa tak layak je nak pakai macam tu.Orang bukan baik sangat pun.

Dia: Tak semestinya orang baik je boleh pakai macam tu.Tak semestinya semua orang pakai macam tu baik cuma bila kita pakai macam tu kita tak rasa la nak buat benda yang tak baik.

Aku: Huh masalahnya orang jahat sangat.Tak layak langsung kot.

Dia: Kenapa cakap tak layak?

Aku: Sebab orang jahat laa.Awak bukan tahu pun orang jahat macam mana.Apa benda jahat orang pernah buat dan sebagainya.

Dia: Saya pun jahat,cuma Allah tutup aib saya kalau Allah nak buka aib saya.Nampaklah semua kejahatan saya yang awak pun tak sangka saya buat.

Aku: (dalam hati..Eleh saja lettew nak main ayat..)..emm

 photo untitled1_zps454cd88b.jpg
Dia: Yelah tukar topik.Dah marahlah tu.Best p Spain hari tu?Bla bla bla....

Aku: Best bla bla bla..

Dia: Semangat sangat study.Exam lambat lagi.Awakkan genius takyah study awal-awal.

Aku: Saya kan ponteng kelas.Cikgu tak perasankan saya.Kena laa study at least kalau cikgu tanya apa-apa soalan saya boleh jawab dan cikgu akan notice saya.Lagipun nanti exam dengan cikgu-cikgu tu juga.Sekurang-kurangnya walaupun saya pernah ponteng,cikgu nampak saya tahu.So macam qada balik laa yang saya ponteng tu.So nanti exam,mungkin cikgu akan ada tanggapan positif kat saya walaupun masa exam tu saya tak cemerlang sangat.Macam tulah.Kalau dah ponteng tu pandai2 la tarik balik perhatian cikgu.

Panjang lebar aku terangkan dekat dia.Huhu.Dia diam je..Lama..

Dia: Awak tahu kan awak ponteng tu salah.Sebab tu awak study sebab nak ganti balik salah yang awak buat tu kan.Supaya cikgu tahu awak berusaha nak belajar.

Aku: Yup..Faham pun..

Dia: Maaf saya nak tanya sesuatu..Tapi jangan marah ye.

Aku: Macamlah orang cepat sangat sentap.Tanyalah..

Dia: Kenapa awak ponteng awak awak sanggup berjaga malam study supaya awak boleh cover balik salah awak ponteng tu.Tapi bila Allah suruh labuhkan tudung dan pakai pakaian tak jarang awak cakap awak tak layak.Sebab awak jahat.Awak pernah buat salah.Kenapa awak tak usaha lebih lagi supaya Allah notice awak macam awak nak cikgu awak notice awak.Lagilah awak kena usaha dari orang lain sebab awak tahu awak pernah buat salah.Macam awak ponteng kelas tu.Maaf kalau terasa.

Aku: (Dengan aku-aku diam...)Umm takpalah nak tidur bye..

 photo Picture31451_zps29f8d154.jpg
Sebab dah setahun slumber tenuk je aku minta hadiah dengan housemate aku ni.Haha.Matured laa katakan

Lebih kurang macam tulah perbualan setahun lebih yang lepas.Tapi lepas perbualan tu aku sentiasa terfikir.Kenapa aku selalu gunakan alasan aku jahat tak layak nak buat baik.Tapi tang benda lain boleh pula aku cover nak sangat manusia notice aku.Tapi dengan Allah aku bagi macam-macam alasan.

Pendapat mula-mula aku tanya housemate aku Mar.Dia cakap'Boleh ke Ecah kau tu bukannya boleh kira sangat,nanti dah shopping tudung banyak-banyak pakainya tidak.' SUPPORTIVE kan housemate aku.Haha.Sebab aku ada je tudung labuh sebenarnya.Dulu aku pernah cuba pakai tapi sekejap je.Aku dalam hati pun masih ragu-ragu.Kan kejap ke aku pakai ni.Huhu.

Sebenarnya ada je niat nak pakai macam lagi ok la.Nak cakap labuh tu memang tak.Rasa diri memang tak mampu lagilah setakat ni.InsyaAllah akan datang.

Apatah lagi bila baca blog yang ada blogger yang mampu berubah jauh lebih baik dari aku.Aku pernah cakap dekat housemate aku "dengkinya dengan diaorang sekeja je diaorang boleh berubah jadi lebih baik dari aku.Aku ni tak berubah-ubah"PHD yang dibenarkan ye ni..Haha.2 orang blogger yang aku tabik laa Kak Di dan Blogger Skema Itu Hot.Memang jeles aku dengan diaorang.Menjadi sumber inspirasi aku juga.Aku cakap dekat diri aku "kalau mereka boleh aku pun boleh"

 photo untitled3_zps1438285e.jpg

Kalau nak pakai tudung macam tu..Kena ada baju yang sesuai selain baju kurung memang tak ada dah baju lain.Kan hari aku pakai lain esok lain pula.Tak panas ke pakai tudung tu.Dan macam-macam lagilah.

Bermulalah pencarian.Aku tanya membe-membe,senang ke 'jadi' kalau pakai kain ni.Ohh pakai starch.Nak beli kat mana.Macam mana nak pakai.Macam mana nak gosok (aii macam tak pernah kai tudung.Haha) Sebenarnya masa tu diri ini masih mencari alasan untuk tidak pakai macam tu.Saja mencari alasan bahawa semua tu susah.Tapi alasan tak diketemui.

Membe-membe sangat memberi galakan dan membantu.Masa tu membe-membe tak tahu pun niat di hati ini.Nak cakap pun segan,kan tak jadi pakai kan nanti.Akhirnya p laa beli tudung.Kalau dah perempuan nak kenalah beli tudung tu semua warna ada.Bajet duit lagi.Huhu.Bermulalah proses mengangkut tudung dari kedai.Kali pertama beli habis dekat LE 300 kali kedua LE 200.Dan beberapa kali.Sampai semua warna dah ada ikut baju.P pula cari starch.Sini tak ada sana tak ada.

 photo Picture31415_zps44619527.jpg
Perarakan petang semalam

Begitulah niat terbantut selama beberapa bulan.Akhirnya pasa 28 Jun kali pertama nekad pakai tudung tu.Masa tu  p teman membe daftar kahwin.Dan sehinggalah hari ini.Semoga saya istiqamah.Diri ini bukannya kuat sangat.Huhu.

Alhamdulillah bila saya pakai macam ni membe-membe dah tak ajak lepak dah.RESPECT mungkin.Haha.Senang tak yah cari alasan tak nak keluar.Segan laa weh pakai bukan main sekali p lepak.Walawei..Walaupun pakai je shawl lagi.Tapi masih cuba melabuhkan menutup dada.Doakan saya.

Hari ini 30 Jun 2013,di Mesir tengah berjalan demo besar besaran untuk menggulingkan kerajaan Mursi.Semoga Allah memberikan kemenangan kepada yang benar dan mengalahkan yang batil.Amin..Ya Allah berikanlah ke amanan ke atas bumi Mesir ini.


Saturday 18 May 2013

Alkisah...Hari Lahir ke 23 (berdoalah nescaya akan Aku kabulkan)


Salam sejahtera.Semoga semua yang membaca berada dalam keadaan sihat.

Dah lama tak update blog.Nak je menulis cuma merasakan tiada kesempatan.Entah apa yang disibukkan,aku sendiri tidak pasti.

Pengajian selama 6 tahun ini bakal berakhir 5 minggu lagi.Allah..Doakan aku.Sekejapnya masa berlalu.Sudah hampir ke garisan penamat perjuangan menuntut ilmu di bumi Mesir ini.

Sayangnya..

Takutnya..

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur menginjak ke angka 2*...Haha...23..Dah 23 tahun menghirup oxygen di muka bumi Allah ini.

Sebenarnya aku terlupa hari lahir aku pada tahun ini.Teringat memori tahun pertama diperantauan.Langsung lupa hari lahir sendiri.Tertidur tengah-tengah study.Bangun bila ada roommate kejutkan.Bila buka mata,membe-membe persediaan dari UKM semua nyanyi lagu selamat hari lahir.

Masih terkelip-kelip mencerna apakah yang terjadi.Akhirnya memahami aku telah menginjak 18 tahun.Dan sekarang aku telah pun memasuki alam 23 tahun.Sekejapnya masa berlalu..

 photo besday1_zps0628a92e.jpg

Aku betul-betul terlupa hari lahir aku.Siap janji dengan Oggy ke emergency unit malam tu.Huhu.Sekali petang tu,membe lama aku Fadhil mesej cakap selamat hari lahir.Aku dalam hati..Apakah dia ni demam ke apa.Tiba-tiba ucap selamat hari lahir.Langsung aku tidak endahkan.

Kemudian masuk lagi mesej di hp dan pm di fb dari membe-membe mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran.Masa dah turun tangga rumah untuk ke hospital malam tersebut baru aku check tarikh.

Ohh hari lahir aku rupanya esok.Huhu..

Menyambut hari lahir dalam bilik emergency sangatlah syok.Bukan main lagi bergambar tengah doc buat operation.Isk isk...

 photo besday2_zps73d76fc0.jpg

Mar pula telefon dalam pukul 11 lebih suruh aku balik rumah.Katanya dia nak tidur dah,tak larat nak tunggu aku balik.Nanti pakcik jaga bangunan kunci pintu kan.Aku jerit kat dia cakap "Waa sampai hati kau tak ingat besday aku makcik!!" Dengan poyo Mar jawab "Ohh besday kau ke?Happy besday ecah.Balik cepat aku nak tidur ni." Huk huk huk sedih housemate lupa hari lahir saya.

Sekali bila dah sampai rumah,Mar dengan Farah dah tunggu lama rupanya nak buat surprise birthday party (ini bukan kali pertama aku terkena dengan MAKCIK MAR).TQ housemate.Tak sempat tukar baju terus makan.Hehe..Penat balik kerja..Konon..

Lepas tu p sambut besday lagi di Coffee Bean sebab dia janji nak belanja red velvet cake untuk besday aku.Hehe.Tapi tak sedap...(Aku masih menunggu Mar buatkan kek untuk aku..Urm...)

 photo Picture23362_zps09f93fea.jpg

Ni hadiah aku dapat dari Mar.Terima kasih daun keladi.Tahun lain hari jadi nak lagi.. :)..Jauh menapak ke City Star cari jam punya pasal.Jam aku yang dah pakai hampir 6 tahun dah rosak.Ingatkan mati sebab tiada bateri.P hantar kedai jam,sekali pakcik kedai jam cakap jam rosak tak boleh baiki dah.

Sedihkan nak exam tapi tiada jam.Nak beli jam baru elaun lambat masuk.Bank ABC sengal.Dalam duk meratapi ketiadaan jam,aku pujuk jam aku."Jam hiduplah...Hidup hari aku exam dah lah.Lepas exam kau nak mati pun tak apalah" Exam di department cardiology perlu pada jam..Sedih..

Memahami kesedihan aku,pada malam exam tersebut aku pun ambil jam tu tengok dia jalan ok jew.Sampai aku habis exam,tepat 12 tengah malam memasuki hari baru jam aku kong balik.Huhu.Jam yang memahami..Atau Mesir bumi barakah apa sahaja yang didoa insyaAllah makbul..

“Mintalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan.” ( Al-Mu’min: 60)

“Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.” (Faathir:38)

 photo besday4_zps8dc921ed.jpg

Ni aku lupa bila.Haha.Tapi pagi tu aku pergi zoo untuk kali pertama.Ada ke orang sambut hari lahir dekat zoo?Haha.Tak apa pelik itu unik.Kalau korang nak tahu,orang arab Mesir ni kalau sambut hari raya.Tak kiralah apa jenis hari raya pun sama ada Raya Aidulfitri,Raya Aidiladha dan macam-macam lagi hari keraian mereka,diaorang akan lepak di taman dan zoo.

Lagi satu,biasanya mak bapak diaorang yang pergi rumah anak-anak.Dan bukan sebaliknya macam kita-kita di Malaysia.Sebab bangunan rumah aku ni didiami oleh golongan veteran,memang sunyi gila waktu-waktu perayaan.Huhu.

Ada orang sanggup buat kek kali pertama dalam hidup bila aku duk ulang-ulang nak kek.Nak kek.Nak kek buat sendiri.Haha.Lepas tu p Yahalla makan.Boleh pula sesat.Huhu.Apa pun terima kasih daun keladi.Lain kali boleh buat lagi.

 photo besday3_zps0d44af9c.jpg

Terima kasih juga kepada mama,papa,angah,acik,kakak,abang dan adik yang mesej dan call along mengucapkan selamat hari tua.Dah ucap tu hadiah jangan lupa.Tq mum and papa yang selalu doakan along.Tanpa mum and papa,siapalah along di dunia.Tanpa redha mum and papa siapalah along pada pandangan Allah.Semoga Allah mengasihi mum and papa seperti mum and papa sayangkan along dan lebih lagi. :)..

Terima kasih juga buat kawan-kawan yang mendoakan aku.Semoga doa kalian dimakbulkan Allah.Terima kasih Nad (hadiah pertama aku dapat dari Nad ok),Zatil,Oggy,Zura dan Niza.Terima kasih.Semoga ukhwah ini berkekalan.(menunggu kek dari Oggy)

 photo Picture21636_zps131866da.jpg

Ini hadiah hari lahir aku untuk diri sendiri.Haha.Skema???

Ya Allah,syukur kepadaMu kerana masih diberikan kesempatan meneruskan sisa kehidupan.Rahmatilah kehidupan ku.Jadikanlah umur ini dipenuhi keberkatan dan kebaikan.Berikanlah kejayaan dalam kehidupan hidup ku dunia dan akhirat.Janganlah Kau lupakan aku ya Allah...Permudahkanlah urusan hidup ku...

Monday 15 April 2013

Apam polkadot


 photo Picture22072_zps7065ab5c.jpg

Orang lain dah lama kecoh pasal apam polkadot ni aku baru try cuba nak menge'test'.Ni sebab aku bukan lah rajin sangat.Ditambah dengan kemuakan aku ber baking.

Resepinya:

Bahan-bahan:
  • 280 gram tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung + 6 gram baking powder (1 paket) + 2 paket esen vanilla+ secubit garam = diayak
  • 200 gram gula (resepi asal 230gram)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu kecil ovalette
  • 180 ml susu segar
  • pewarna
  • jem buah

 photo Picture22280_zps0a25cf71.jpg

Cara-caranya:
  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan gula dan ovalette dan pukul lagi.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak (280 gram tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung + 6 gram baking powder (1 paket) + 2 paket esen vanilla+ secubit garam )
  4. Tambahkan 180ml susu segar dan pukul lagi sehingga rata.
Aku bahagikan setiap adunan kepada 4 bahagian untuk 4 warna.Nak buat berapa warna terpulanglah.Nak buat terang ke pudar ke.Hehe..

Kemudian...
  1. Masukkan warna yang hendak digunakan dalam bekas seperti nak buat topping tu.(aku masuk dalam plastik je lepas tu buat lubang.) untuk tidak mencomotkan apam kita dan juga jem dalam bekas berasingan.
  2. Sementara itu panaskan air didalam periuk kukusan sehingga mendidih.
  3. Letakkan kertas cupcake di dalam sarang untuk menampungnya ketika kembang.(Kan tak jadi bulatkan.)
  4. Masukkan adunan sehingga memenuhi 1/3 dari ketinggian bekas cupcake.
  5. Tambahkan sedikit jem.
  6. Masukkan lagi adunan sehingga memenuhi 2/3 dari ketinggian bekas cupcake.
  7. Dengan menggunakan warna yang lain,titik kan menjadi dot-dot yang comel mengikut kreativiti anda.
  8. Kukus adunan sehingga masak.
  9. Ulangi langkah diatas sehingga adunan habis.
  10. Dan siap...

 photo oggy_zpsc76de2f3.jpg

Senang sangat-sangat sampai 3 kali aku buat dalam masa 10 hari.Ok dah muak..Jom buat benda lain pula...

Sunday 24 February 2013

D O N E ---L A S I K


 photo c_zps7778e568.jpg  photo d_zpsa349a939.jpg

Mula-mula kita cuci mata dengan makanan.Itu cream puff housemate aku yang buat dan aku tolong putar-putar je.Hasil orang tak seni macam tu lah.

Tu pula kali pertama jumpa telur puyuh dekat mesir ni.Huhu.Terus kecohkan dekat sanak saudara rakan taulan.Hehe.Harga dia LE 3.75 je untuk 12 biji.Bila dah nak balik Malaysia dah ni,macam-macam dah mula ada dekat sini.Lada kering,halia,serai,rempah bagai,bihun, dan segala bagai mak nenek.Dulu semua kena bawa kot.

Untunglah adik-adik...
 photo c1_zps60d49d11.jpg

Ni gambar yang minggu lepas.Gambar bajet je..Huhuhu.Ni masa dekat surgical emergency department.Malam tu aku p ER untuk kali pertama sepanjang sem terakhir ni.

Puji diri sendiri sebab dah berjaya kurangkan berat 10 kilo dalam masa 23 hari.Hehe.Berjaya gila diet aku.Haha riak riak..Tapi sekarang dah kurang dalam 11 kilo dah.Hehe.

Dan muka pun nampak panjang.Nampak jelah.Acu cuba try test ambil gambar dari bawah..Haa gedabak double chin.Huhu.Usaha perlu diteruskan.

DAN

DAN

DAN

 photo a1_zps2a8dff84.jpg

DONE !!!

Si penakut ini telah berjaya membuat lasik dengan jayanya pada 14/2 hari tu.Harga aku dapat lagi murah kot.sebab biasalah harga student LE 2200 bersamaan RM 1100..Amacam jeles tak dengan harga aku dapat?Hehe..

Alhamdulillah prosedur berjalan lancar Tanpa ada komplikasi mahu pun bleeding point pada mata aku.Sekarang masih dalam proses menjaga lagi sebab ia tetap surgery kan.

Anda bila lagi??
 photo b1_zpsd94073be.jpg 

Sekali lagi aku masak gulai nasi dagang hasil dari tangkapan ikan tongkol di pasar seberat 3.75 kilo seekor.Huhu kenduri kot.Ada orang cakap dekat housemate aku nak belajar buat kuah nasi dagang dengan aku.Datanglah.Sebaiknya hari Khamis dan bermalam kat rumah aku sebab...Aku suka masak banyak-banyak ni pukul 2 3 pagi.Haha.Apa punya tabiat pun entah.Huhu.

   photo d1_zps6e502aeb.jpg

Dan sebagai tahun terakhir (insyaAllah)  marilah kita mencuba pelbagai makanan Mesir ni.Nama dia kusyari kalau tak silap ejaan lah.Huhu.Murah je LE 3.00 sebekas ni.Kali pertama makan.Sebab aku kurang sikit makan benda pelik-pelik ni.

Dalam ni ada campuran nasi,kacang dal,kacang kuda,makaroni dan apa entah warna coklat tu.Huhu.Dia gaul sekali dan ada kuah macam sos spaghetti tapi cair.

Macam tulah ceritanya.

Puteri Ayu


Ok hari ni kita belajar cara-cara buat kuih pula ye.Hehe.Kenapa semangat sangat ni nak buat sedangkan aku  memang malas kalau buat kuih kecil-kecil ni.Leceh...

Bahan-bahan adunan:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan.Aku tak suka manis sangat)
2 biji telur
1 sudu baking powder
1 paket santan debu dibancuh dengan 1 cawan air
1/2 sudu besar ovallet
4 titik perisa pandan
2 titik pewarna hijau
Secubit garam

Cara-caranya:

  • Pukul telur sehingga kembang
  • Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang
  • Masukkan ovallet dan pukul lagi.Dan masukkan tepung dan santan yang telah dibancuh dan pukul sehingga rata.
  • Masukkan pewarna dan perisa pandan.(Jangan letak perisa pandan banyak sangat nanti rasa tengik)
Dah siap adunan kita sediakan kelapa dia pula

Bahan-bahan untuk kelapa:

1/4 kilo kelapa kering
3 sudu tepung jagung
2 sudu santan debu dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan diatas dan kukus sebentar untuk melembutkan kelapa kering.

Ni cerita perantau tiada kelapa parut.Bagi yang dah ada kelapa parut gunakan kelapa parut yang muda a.k.a yang bahagian putih tu saja.

 photo a-1_zpsf632c956.jpg

  1. Mula-mula kita salutkan (griskan) bekas acuan dengan minyak untuk mengelakkan kelapa melekat nanti.
  2. Masukkan kelapa mengikut ketebalan sesuai dan tekan sehingga padat.Kalau tak padat nanti xcantik bentuk dia.
  3. Masukkan adunan berwarna hijau ke dalam acuan.
  4. Dan kukus sehingga masak lebih kurang selama 10 minit.Pastikan air kukusan telah mendidih ketika kerja mengukus dimulakan.
Yeayy makan....